fbpx

Kebetulan, majalah ini sudah pun terbit ke pasaran di’kala drama bersiri aktress remaja ini tamat awal malam semalam.

Bagaimana pendapat anda tentang episod akhir Vanila Coklat? Kami dengar ada yang berpuas hati & tidak kurang juga menjangkakan pengakhiran yang berbeza.

Apa pun, nama Izara Aishah kini semakin kuat dalam industri seni hiburan Malaysia sehingga beliau terpaksa menangguhkan sessi pembelajaran beliau di Sunway Universiti College selama setahun.

Dalam edisi terbaru majalah Rapi yang kini sudah pun berada di’pasaran, Izara Aishah turut menyentuh tentang hala tuju karier beliau yang kini semakin hari semakin mendapat perhatian pihak produser. 

Izara Aishah menegaskan yang beliau hanya mampu menumpukan fokus beliau dalam bidang lakonan seperti Dato’ Siti Nurhaliza yang hanya fokus kepada bidang nyanyian.

Jika lari fokus sekali pun satu hari nanti, Izara Aishah berkata beliau hanya akan bergelar ahli perniagaan, salah satu kerjaya yang menjadi impian beliau.