fbpx

Beberapa minit lagi pasukan bola sepak bawah 23 Malaysia akan berdepan Indonesia untuk perebutan pingat emas Sukan SEA 2011. Go #HarimauMalaya!

Lewat petang tadi berlangsung satu majlis pelancaran kempen SimplySiti Di Hati oleh Dato’ Siti Nurhaliza sendiri yang turut di’hadiri wakil rakan strategik.

Kempen SimplySiti Di Hati bertujuan untuk membanti dua orang kanak kanak — Siti Nur Syahira, 6 & Tan Jia Yong,3 — yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

SimplySiti Di Hati akan berlangsung selama 7 minggu bermula 1 Disember 2011 ini dengan Siti Nurhaliza sendiri akan turun ke cawangan Watson’s terpilih untuk bertugas sebagai Beauty Advisor.

AirAsia X & Putrajaya Marriot Hotel merupakan rakan strategik kempen ini menawarkan hadiah 20 tiket penerbangan ke mana mana destinasi dan baucer penginapan untuk pembeli produk SimplySiti sepanjang kempen ini.