fbpx

Gambar: Babak Kemalangan Lakonan Zed Zaidi Untuk Drama Jadi Perhatian

Babak Kemalangan Lakonan Zed Zaidi Untuk Drama Jadi PerhatianTerkejut juga kami apabila awal tengah malam tadi, terdapat beberapa sumber menyampaikan yang pelakon Zed Zaidi terlibat dalam kemalangan yang agak dahsyat.

Kalau di'lihatkan kepada sekeping gambar yang tersebar luas di Twitter ketika itu, memang keadaan Zed Zaidi sangat parah dan menimbulkan kerisauan di hati peminat.

Ini terbukti apabila

hashtag #PrayForZedZaidi menjadi trending topic di Twitter dalam masa kurang sejam sebelum berita sebenar sampai ke pengetahuan umum.

Beberapa pihak yang rapat dengan Zed Zaidi mengesahkan kemalangan yang di'dakwa terjadi itu hanyalah sebahagian daripada babak lakonan untuk sebuah drama.

Jadi, kami rasa tiada apa yang perlu di'risaukan buat masa ini kerana apa yang terjadi kepada Zed Zaidi awal pagi tadi merupakan satu salah faham. Ada sisi yang bagus sebenarnya dan ini tanda peminat masih sayangkan Zed Zaidi. Tidak begitu?

zp8497586rq