fbpx

Fizz Fairuz Umum Bakal Nikahi Almy Nadia 30 Mei Ini

Dalam temubual bersama media ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Cicakman 3 petang tadi, Fizz Fairuz mendedahkan yang beliau & Almy Nadia bakal bernikah pada 30 Mei 2014 ini dan mengadakan resepsi perkahwinan keesokan harinya di Pulau Pinang.

Fizz Fairuz juga mengatakan yang mereka sudah bertunang pada bulan Oktober yang lalu & kini sedang giat membuat persiapan perkahwinan.

Pelakon Nur Kasih itu bakal memberi wang hantaran berjumlah RM20,000 & sudah menetapkan destinasi berbulan madu iaitu Maldives.