Festival Filem Malaysia Ke 25 — Erra Fazira Dan Fahrin Ahmad Bakal Pengacara Majlis | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
19 February 2013, 11:02AM

Selepas mengharungi kontroversi penangguhan beberapa kali sejak penghujung tahun lalu, Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM 25) telah sah bakal berlangsung pada Mac ini.

Majlis anugerah yang bakal mengiktiraf 70 buah karya filem anak tempatan ini bakal di’adakan pada 2 Mac 2013 dan mengambil tempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

FFM 25 kali ini bakal di’hoskan oleh dua orang selebriti popular iaitu Fahrin Ahmad dan Erra Fazira yang kami kira bergandingan buat pertama kali sebagai pengacara majlis anugerah.

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke 25 kali ini juga akan di’siarkan secara langsung dengan format defisini tinggi (HD) melalui Mustika HD & standard melalui Astro Ria juga RTM2.

Filem Songlap berjaya menerima 15 pencalonan secara keseluruhan dalam FFM 25 dan menjadikan ianya filem terbanyak meraih pencalonan dalam sejarah penganjuran FFM selama 25 edisi.

Kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia yang sering di’nantikan saban tahun menyaksikan pencalonan Songlap, Ombak Rindu, S.A.M, 29 Februari dan juga Bunohan.

Senarai Penuh Pencalonan Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM25)

CERITA ASAL TERBAIK

1. Bunohan (Dain Said)
2. Songlap (Fariza Azlina Ishak)
3. Misteri Jalan Lima (Afdlin Shauki)
4. Hantu Gangster (Namawee, Freed Chong & Vivi Wee)
5. 8 Jam (Loh Chung Tat)

LAKON TV TERBAIK

1. Bunohan (Dain Said)
2. Songlap (Fariza Azlina Ishak)
3. 29 Februari (Edry Abdul Halim)
4. Seefood (Goh Aun Hoe)
5. Untuk Tiga Hari (Afdlin Shauki)

SINEMATOGRAFI TERBAIK

1. Songlap (Haris Hue Abdullah)
2. 29 Februari (Mohd Noor Mohd Kassim)
3. Misteri Jalan Lama (Mohd Helmi Mohd Yusof)
4. Hoore! Hoore! (Mohd Noor Mohd Kassim
5. Ombak Rindu (Khalid Zakaria)

PELAKON WANITA TERBAIK

1. Maya Karin – Ombak Rindu
2. Nadiya Nisaa – Jiwa Taiko
3. Vanidah Imran – Untuk Tiga Hari
4. Sara Ali – Songlap
5. Farah Nazirah – Hoore! Hoore!

PELAKON LELAKI TERBAIK

1. Faizal Hussein – Bunohan
2. Shaheizy Sam – Songlap
3. Pekin Ibrahim – Bunohan
4. Shaheizy Sam – Sam
5. Zahiril Adzim – Bunohan

PENGARAH FILEM TERBAIK

1. Dain Said – Bunohan
2. Effendee Mazlan & Fazira Azlina Ishak – Songlap
3. Osman Ali – Ombak Rindu
4. Syafiq Yusof – Sam
5. Saw Teong Hin – Hoore! Hoore!

FILEM TERBAIK

1. Bunohan (Apparat Sdn Bhd)
2. Songlap (Grand Briliannce Sdn Bhd)
3. Ombak Rindu (Astro Shaw / Tarantella Pictures)
4. Sam (Skop Productions)
5. 29 Februari (KRU Studio)

PELAKON HARAPAN WANITA

1. Farah Nazirah – Hoore! Hoore!
2. Jojo Goh – 29 Februari
3. Neelofa – Azura
4. Shima Anuar – Sumpahan Kum Kum
5. Mon Ryanti – Keramat

PELAKON HARAPAN LELAKI

1. Shahrizal Jaszle – Azura
2. Izzue Islam – 29 Februari
3. Hazami Azmi – Apa Celop Toq
4. Akim Ahmad – Hoore! Hoore!
5. Iedil Putera – Ngorat

PELAKON PEMBANTU WANITA

1. Normah Damanhuri – Songlap
2. Fauziah Nawi – Hoore! Hoore!
3. Lisa Surihani – Ombak Rindu
4. Nabila Huda – Jalan Kembali
5. Lana Nordin – Chow Kit P

PELAKON PEMBANTU LELAKI

1. Husyairi Husain – Bunohan
2. Syafie Naswip – Songlap
3. Amerul Affendi – Bunohan
4. Bront Palarea – Jiwa Taiko
5. Omar Abdullah – Songlap

PENGARAH HARAPAN

1. Syafiq Yusof – Sam
2. Goh Aun Hoe – Seefood
3. Ghaz Abu Bakar – Hantu Kapcai
4. Nizam Zakaria – Cinta Kura-Kura
5. Tee Bee – Kepong Gangster


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...