fbpx

Fasha Sandha Sanggup Makan Kuih Dari Tong Sampah Demi Hayati Watak

Tidak sangka apabila tidak sampai seminggu Fasha Sandha bergelar isteri kepada Rizal Ashram (Jejai), beliau sanggup turun ke sidang media drama bersiri terbaru beliau di TV3.

Fasha Sandha bakal tampil di’samping Fahrin Ahmad dalam drama bersiri Seindah Sakura yang akan memulakan tayangan malam ini melalui slot Akasia di TV3.

Seindah Sakura yang merupakan arahan pertama Zul Huzaimy memaparkan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira (lakonan Fasha Sandha) yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.

Menariknya, Fasha Sandha membuka cerita kepada wartawan GUA tentang adegan di’mana beliau menjamah kuih yang beliau kutip dari atas lantai kotor dan tong sampah.

Menurut Fasha Sandha, pengarah pada awal hanya meminta beliau gigit sedikit kuih yang di’kutip. Namun untuk berikan lakonan semulajadi untuk kepuasan penonton, beliau makan bahagian kuih itu sehingga habis.