Oleh RotiKaya Staff pada
30 July 2013, 8:07AM

Pelakon kacak, Farid Kamil telah memberitahu kepada media bahawa buat seketika ini dia tidak membenarkan ibu mertuanya itu untuk melawat putera sulungnya buat sementara waktu ini.

“Apabila bayi sulung kami dilahirkan ini, saya berasa begitu protective terhadap keluarga saya lebih-lebih lagi terhadap isteri dan anak kami. Oleh itu, sekiranya ibu mertua saya mahu datang untuk melawat cucunya, dia perlu berjumpa dengan saya terlebih dahulu sebelum terus berjumpa dengan mereka kerana saya tidak mahu dia bertindak di luar kawalan dan timbul pula masalah yang lain”

“Saya kalau boleh tidak mahu kejadian salah faham ini mengeruhkan lagi suasana hubungan keluarga kami,” katanya ketika ditemui di pelancaran drama bersiri Astro Mustika HD berjudul Jodoh Itu Milik Kita.

Sementara itu, Farid Kamil turut menjelaskan bahawa anaknya itu belum mempunyai nama kerana masih belum mendaftar kelahiran itu di Malaysia.

Walaubagaimanapun, dia dan isterinya sudah mempunyai beberapa pilihan nama yang telah disenarai pendekkan untuk diberikan kepada anak sulungnya.

“Setakat ini saya belum memutuskan lagi untuk meletakkan nama anak saya kerana kami masih berada di luar negara dan saya belum mendaftar kelahirannya di Malaysia. Tetapi sudah ada beberapa nama yang telah disenarai pendekkan untuk diberikan kepadanya. Oleh itu, saya berharap di bulan mulia ini, iaitu pada malam 10 terakhir Ramadhan ini saya dapat mencipta satu ilham nama yang unik dan kreatif buat putera sulung saya ini,” katanya.

Farid dan isterinya, Diana Danielle juga turut bakal pulang beraya di kampung halaman masing-masing, apabila menjelangnya syawal yang akan tiba pada lebih kurang 10 hari lagi ini.

“InsyaAllah sekiranya tiada aral melintang saya dan keluarga dijangka bakal beraya di Malaysia dan kemungkinan Raya pertama akan beraya di Kedah iaitu di kampungs saya dans seterusnya di kediaman Diana,” ujarnya ringkas.

Untuk perkembangan terbaru, Farid Kamil akan muncul dalam drama terbaru terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd berjudul ‘Jodoh Itu Milik Kita’ bersama-sama dengan pelakon Tiz Zaqyah, Nabila Huda, dan yang lain-lain. Drama bersiri ini bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam bermula 19 Ogos 2013 secara eksklusif hanya di saluran 134.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...