Farid Kamil Bakal Umum Nama Anak Melalui Astro | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
05 September 2013, 4:09PM

Nampaknya minat orang ramai untuk mengetahui nama penuh anak kepada pasangan popular Farid Kamil & Diana Danielle memberi idea kepada pihak Astro untuk menerbitkan satu program khas untuk menghebahkan nama yang telah di’pilih.

Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Farid Kamil berkongsi yang pangkal nama anak sulungnya adalah Muhammad & akan mendedahkan nama penuh melalui satu program eksklusif bersama Astro dalam masa terdekat.

“Isteri dan anak saya telah balik ke sini dari Australia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Sekarang ini mereka berada di rumah ibu bapa saya di Alor Setar, Kedah. Astro berminat untuk menyiarkan rancangan khas tentang anak dan isteri saya itu”

Farid Kamil menambah yang Astro berminat untuk menerbitkan program khas itu atas permintaan dan minat orang ramai — selain bercadang membuat majlis khatam al-Quran oleh Diana Danielle dan majlis aqiqah untuk anaknya.

Apa kata anda? Adakah patut Farid Kamil & Diana Danielle mengumumkan nama anak melalui satu siaran khas di kaca televisyen — atau ini budaya selebriti yang keterlaluan?


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>