fbpx

Fara Fauzana Terima Master Tanpa Pergi Ke Kelas

Atau melakukan sebarang kerja khusus seperti pelajar kebiasaannya. Namun, ini merupakan Ijazah Kehormat Sarjana yang secara lazimnya diberikan kepada individu sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dalam bidang tertentu kepada masyarakat.

Dan, Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa yang dianugerahkan kepada Fara Fauzana ini kami kira tepat dan kena kepada empunya badan walaupun ramai mengatakan terlalu awal untuk selebriti itu diberikan apa apa penghargaan akademik.

Menulis menerusi akaun sosial beliau, Fara Fauzana meluahkan rasa gembira dan berterima kasih dengan ijazah yang diterima dan berharap beliau boleh terus menjadi inspirasi. Oh ya, ijazah tersebut dianugerahkan oleh Geomatika University College.

“As said earlier saya tidak ke kelas. Saya pernah cuba untuk sambung pengajian peringkat master pada tahun 2004 namun disebabkan kekangan masa maka semua terhenti disitu”

“How do I get this master? Maybe ada yang memerhati sbb bila saya bekerja tidak pandang ke lain sisi kerana focus pada tugasan diberi. Alhamdulillah dan terima kasih kerana diri dihargai agar dapat memberi inspirasi kepada mereka yg masih mencari,” luah Fara Fauzana.

Tahniah buat Fara Fauzana atas pengiktirafan ini. Semoga lebih sukses selepas ini. (rtky/m)