fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.135)

Presiden Seniman, Zed Zaidi memberi amaran bahawa Tasha Shilla, Anzalna Nasir & Neelofa boleh di’kenakan tindakan yang menyekat tawaran berlakon jika meneruskan perbalahan yang terjadi antara mereka. – mStar Online

Perkembangan terbaru tentang kemalangan Lindsay Lohan. Pemandu lori yang terlibat berkata selebriti itu cuba merasuah beliau untuk berbohong & mengaku salah sebagai penyebab kemalangan. Ah kantoi sudah! – The Frisky

Dalam sebuah konsert beliau di Istanbul, Turki Madonna telah dengan sengaja (ya, sengaja) menunjukkan sebahagian besar buah dada beliau kepada peminat. – Huffington Post (NSFW)

Anak gadis tunggal Michael Jackson, Paris Jackson berkata beliau meman cuba di’buli oleh pelajar perempuan lain ketika hadir ke sekolah seperti orang lain tetapi menegaskan yang semua’nya tidak pernah menjadi. – TMZ

Dalam usaha mempromosikan filem 3D terbaru beliau, Katy Perry (gambar) tidak segan silu mengedarkan sendiri snek ringan popcorn untuk mereka yang hadir ke pra tonton filem Part Of Me yang di’adakan di London, UK. – MTV

VIDEO HARI INI: Tidak berkait secara langsung dengan dunia hiburan. Video ini menunjukkan beberapa trick mudah untuk bermain taruhan dengan kawan anda, dan menang setiap kali.