fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.105)

Membuka tayangan di 39 buah negara seluruh dunia tidak termasuk Amerika Syarikat, The Avengers kini telah berjaya mengutip lebih US$170 juta dalam jualan tiket. Sebagai perbandingan, kos produksi filem ini di’anggarkan sekitar US$220 juta. Wow. – News AU

Masih peduli dengan Fasha Sandha? Okay. Pasangan baru suami isteri Fasha Sandha & Rizal Ashram di’khabarkan akan berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu kerana terpegun dengan panorama pulau itu. – mStar Online

Gossip terbaru di Hollywood, Taylor Swift (gambar) khabarnya telah menjalani pembedahan membesarkan buah dada selepas gambar terbaru beliau tersebar menunjukkan perubahan ketara di’bahagian tersebut. Hmm. – Fox 411

Siapa kata selebriti Hollywood tidak ada yang kelihatan cantik tanpa sebarang make-up? Ini galeri menunjukkan 20 orang selebriti wanita yang masih comel walaupun tanpa make-up tebal termasuklah Zooey Deschanel & Snooki. – The Frisky

Setelah lebih setahun mendirikan rumahtangga, gossip mula bertiup mengatakan yang Krisdayanti & suami, Raul Lemos kini sudah tidak tinggal bersama dan penyanyi itu lantas menafikan sekerasnya gossip tersebut — mengatakan kisah itu berniat jahat dan busuk. – Kapan Lagi 

Video Hari Ini: Alang alang kita semua dalam mood superhero, ini video mash-up menampilkan The Avengers dan hampir semua superhero yang pernah wujud di’muka bumi ini dalam sebuah lagu oleh Weezer, Perfect Situation.