fbpx

Fahrin Ahmad: Bakal Isteri Saya Bukan Selebriti

Setelah menjelaskan kepada pihak media bahawa dia akan melangsungkan hari bahagianya pada Sabtu ini, Fahrin Ahmad juga dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa isterinya bukanlah daripada golongan selebriti.

BACA: Fahrin Ahmad Sahkan Bakal Nikah Sabtu Ini

“Sepanjang perkenalan belum genap setahun ini, kami tak melalui proses percintaan yang biasa seperti kebanyakan pasangan kekasih. Dek kesibukan saya, kami terlalu jarang berjumpa. Kami ambil keputusan untuk ke fasa seterusnya dua tiga bulan selepas perkenalan dan seterusnya mengadakan perbincangan membabitkan ahli keluarga masing masing hujung tahun lepas”

“Saya juga nampak keikhlasan dan ketulusan keluarga bakal isteri untuk menerima saya sekalipun saya pernah berdepan dengan episod percintaan yang pahit sebelum ini termasuk dicop macam-macam,” katanya kepada BH Online.

Semoga segala persiapan menjelang hari bahagia Fahrin nanti akan berjalan dengan lancar lebih-lebih lagi hari pernikahan Fahrin juga jatuh pada hari kelahirannya yang ke 36. (rtky/s)