fbpx

Erra Fazira Mahu Didik Anak Seimbang Dunia Akhirat

Sebelum ini pelakon dan penyanyi, Erra Fazira pernah memuat naik videonya bersama anaknya Engku Aleesya yang cuba untuk bercakap bahasa Malaysia (BM). Walaubagaimanapun video itu mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warga laman sosial berikutan anaknya yang masih kurang fasih bercakap bahasa Malaysia dengan lancar.

BACA: “Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi”

Jelas Erra pada sidang media pelancaran minyak wangi jenamanya sendiri, dia kini dalam proses memahirkan Aleesya untuk berkomunikasi dalam BM kerana umum mengetahui anaknya itu memang sudah fasih berbahasa Inggeris.

“Dia dalam proses pembelajaran dan sememangnya dia lebih selesa berbahasa Inggeris. Inilah masa untuk mendidiknya pula bercakap dalam BM. Lagipun, untuk menilai seseorang bukan dari segi bahasa tetapi perlulah seimbang ilmu dunia dan akhirat”

“Bagi mereka yang memberikan komen yang positif saya ambil dan yang negatif biarlah mereka,” katanya lagi kepada Rotikaya. Endahkan saja kritikan tidak membangun malah pastinya Erra mengetahui apa yang terbaik buat anaknya. (rtky/h)

Gambar Ihsan: Candid Moments