fbpx

Enggan Terima Tajaan — Liyana Jasmay Bakal Pindah Ke Sabah Selepas Kahwin

Selepas tamat resepsi perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha yang berlangsung malam tadi, kini perkahwinan Liyana Jasmay menjadi tumpuan seterusnya.

Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan akan bernikah pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, KL dan majlis resepsi akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Liyana Jasmay mendedahkan yang beliau akan berpindah ke Sabah selepas berkahwin kerana mengikut suami yang menjalankan perniagaan beliau di’sana.

“Saya tidak sedih tinggalkan keluarga selepas berkahwin walaupun selama ini saya memang tinggal dengan keluarga”

“Bukannya saya tidak berjumpa mereka langsung selepas itu. Sudah tentu saya akan berulang alik di antara Sabah dan Kuala Lumpur”

Liyana Jasmay turut berkata yang beliau tidak kisah untuk menerima cahayamata dengan kadar segera kerana beliau & tunang sangat sukakan kanak kanak.

Bercakap tentang majlis perkahwinan nanti, Liyana Jasmay berkata kos yang terlibat agak tinggi namun di’tanggung kesemuanya oleh beliau dan keluarga tanpa sebarang tajaan dari mana mana pihak.

“Ramai yang datang untuk memberikan tajaan pelamin, dekorasi, fotografi dan sebagainya tetapi saya tolak dengan baik kerana ingin melakukan semuanya sendiri. Saya mahu sebuah majlis perkahwinan yang ringkas dan lebih dekat dengan jiwa semua yang hadir”