fbpx

Emma Maembong Mahu Kurangkan Lakonan Bersama Kamal Adli

Setelah beberapa kali bergandingan dalam lakonan bersama kekasih hati, Kamal Adli sebelum ini, Emma Maembong merasakan ianya sudah mencukupi dan mula bimbang jika kekerapan mereka berlakon bersama boleh menimbulkan rasa bosan peminat terhadap drama yang dilakonkannya. Justeru itu, Emma bercadang untuk mengurangkan kemunculan mereka bersama.

BACA: Emma Maembong Tak Pernah Rasa Diri Popular

“Terbaharu, kami kembali digandingkan di dalam sebuah drama rantaian, #Assalamualaikum Cinta. Ianya adalah drama kelima yang menggandingkan lakonan Emma bersama dengan Kamal. Kadang-kala, terdetik juga di hati apabila memikirkan penerimaan penonton tentang gandingan kami yang terlalu kerap, takut pula mereka bosan asyik melihat kami berdua berlakon”

“Secara peribadi, Emma tidak kisah apabila kami sering digandingkan jika ia memenuhi kehendak penonton. Tetapi mungkin rasanya selepas ini saya kena kurangkan kemunculan drama dengan Kamal di televisyen,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai kebimbangannya terhadap gandingan beliau bersama Kamal terlalu kerap boleh mengundang bosan peminat.

Terdahulu, Emma pernah memaklumkan bahawa walaupun dirinya pernah memenangi Pelakon Drama Wanita Popular ABPBH baru-baru ini, itu tidak bermakna beliau perlu merasa berada pada tahap yang selesa kerana baginya Tuhan telah menetapkan rezekinya dimana. Tambahnya lagi, beliau juga terbuka untuk berlakon dengan sesiapa sahaja mengikut kehendak produksi. (rkty/w)