fbpx

Eira Syazira Dan Azad Jasmin Nikah 16 September Selepas 3 Tahun Bercinta

Bagaimana hari pertama bekerja selepas cuti panjang? Ada Aidilfitri blues?

Sebagai entri pembukaan selepas kembali bekerja, berita baik untuk peminat Eira Syazira & Azad Jasmin.

Pasangan yang telah bercinta lebih 3 tahun ini di’khabarkan akan mengikat tali perkahwinan 16 September.

Rakan media kami, Budiey.com melaporkan yang beliau menerima jemputan untuk menghadiri majlis pernikahan di kediaman Eira Syazira di Putrajaya.

Majlis resepsi pasangan ini bagaimanapun akan hanya di’adakan November nanti pada tarikh yang masih belum di’tetapkan.

Eira Syazira mengakui beliau ada menerima tawaran tajaan dari beberapa pihak namun belum memutuskan apa apa. Majlis menyambut tetamu di Pulau Pinang akan di’taja oleh Butik Jalinan Kasih.

Tahniah dairi kami di Rotikaya HQ buat pasangan Eira Syazira & Azad Jasmin. Mana kad jemputan kamu? Heh.