fbpx

Eina Azman: Terima Kasihlah Semua Yang Mengata Hina

Semalam kecoh di internet apabila ada sekeping gambar yang mendakwa pelakon Eina Azman & suami telah meletakkan kenderaan di tempat isi minyak dan kemudiannya masuk untuk menikmati makanan di restoran Subway yang terletak dalam stesen minyak itu.

Ramai mengeluarkan kata kata kurang enak selepas percaya dengan apa yang disampaikan dalam gambar viral tersebut dan hari ini, Eina Azman sendiri tampil memberikan penjelasan atas apa sebenarnya yang berlaku ketika itu.

Eina Azman & Suami Buat Perangai Di Stesen Minyak? - ROTIKAYA

“Itu adalah perkara biasa jika sedang dalam perjalanan jauh, kita akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak ken­deraan dan membeli barang makanan. Apa yang salahnya di situ? Jika benar ada yang mengatakan saya letak kereta di situ dan dengan tanpa rasa bersalah pergi ke Subway untuk makan, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan?”

“Mengapa hanya ambil gambar kereta sahaja. Itu tidak adil kerana ia menimbulkan fitnah kepada saya. Jika benar mahu buktikan saya benar-benar bersalah dalam hal ini, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan? “Kalau betul mahu reka cerita, jangan melampau sampai tahap begini. Saya letak kenderaan betul-betul dalam kotak kuning”

BACA: Eina Azman Kongsi Gambar Bulan Madu Ke Kepulauan Maldives

“Bukan saya letak di tengah jalan hingga mengganggu laluan pengguna lain untuk mengisi minyak di situ. Lagi pula jika dilihat dalam gambar tersebut, kawasan stesen pam minyak itu sangat besar dan banyak lagi lorong lain untuk mengisi minyak. Lainlah jika di belakang kereta saya berderet lagi kereta lain beratur. Jika saya melakukan perbuatan pentingkan diri sendiri seperti itu, ya saya tidak akan melenting kalau ada pihak cakap saya buat hal”

“Perkara ini benar-benar buat saya tertekan. Mengapa perkara remeh sebegitu pun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu jadikan isu? Namun, apa yang paling mengecewakan saya, ramai orang di luar sana percaya dengan cerita tersebut. Baru sahaja baca cerita itu, terus percaya tanpa mahu fikir dengan logik akal fikiran”

“Kalau betul ada pihak yang tidak ber­puas hati, boleh pergi periksa rakaman kamera tele­visyen tertutup (CCTV) di pam minyak tersebut. Lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu,” katanya panjang lebar melalui Kosmo! hari ini.

“Terima kasihlah pada semua yang mengata dan menghina saya dan suami. Semoga Allah SWT merahmati kamu semua,” tambahnya melalui akaun Instagram beliau. (rtky/m)