Deborah Henry Wakil Malaysia Untuk Peringkat Akhir Miss Universe

Kami tidak ingat bilakah kali terakhir kami peduli tentang Miss Universe. Zaman penyertaan Erra Fazira mungkin.

Untuk edisi tahun 2011, Miss Universe Malaysia Deborah Henry akan menjadi wakil negara merebut gelaran Miss Universe 2011.

Daily Chilli melaporkan Deborah Henry berangkat ke Sao Paolo, Brazil awal pagi hari ini & di’hantar oleh sekumpulan peminat serta Andrea Fonseka sendiri.

Andrea Fonseka yang bertindak sebagai pengarah Miss Universe Malaysia positif dengan peluang Deborah Henry di peringkat akhir Miss Universe 2011 & mengharapkan rakyat Malaysia memberikan sokongan.

Miss Universe 2011 peringkat akhir akan di’adakan di Sao Paolo, Brazil pada 12 September ini dan beberapa minggu sebelum ini para peserta termasuk Deborah Henry perlu menjalankan pelbagai aktiviti termasuk kebajikan sebagai ujian.

Gambar Deborah Henry di KLIA ketika berangkat ke Sao Paolo, Brazil malam tadi selepas ini. Kredit tanpa prejudis buat Miss Universe Malaysia Official Facebook. Enjoice!

Related Posts
Categories
Tag
  • Semoga dia berjaya mengharumkan nama Malaysia.
    Lama juga dia tunggu nak gi Miss Universe ni kan?

  • ya ker? says:

    ala dia dah 26… tah2 paling tua masa pertandingan tuh… kalau model or miss2 neh slalu umur 25 tuh dah dianggap terlalu tua… dulu masa miss world masa dia masuk pun kata bole menang kan tapi kalah gak… kat malaysia neh dah takde pompuan lain yang cantik dan berilmu ker?

Add Your Comment