fbpx

Che Ta Akui Terlalu Berusia Untuk Beranak Lagi

Berada di dalam lingkungan umur 40-an, pelakon Rozita Che Wan yang masih kekal jelita ini mengakui dirinya sudah berusia untuk melahirkan seorang lagi anak namun dalam masa yang sama tidak menolak rezeki jika Tuhan mengizinkan dirinya untuk beroleh zuriat lagi.

BACA: Anak Che Ta Kini Artis Termuda LOL Entertainment

“Mereka suruh saya beranak lagi. Yang suruh saya beranak itu senanglah cakap, sebab yang meneran saya. Bukan saja orang luar, suami sendiri pun suruh saya mengandung lagi. Tapi jujurnya saya sudah terlalu berusia untuk dapat anak kecil lagi”

“Dalam hal ini buat saat ini, cukuplah seorang. Tapi kalau Tuhan mengizinkan saya dapat anak lagi, semua itu pasti diterima dengan hati terbuka,” katanya kepada BH Plus baru-baru ini. Mahu buat macam mana Che Ta, peminat memang suka tengok baby comel-comel ini.

Tambah Che Ta sebelum ini, kehadiran Aaisyah dalam masa yang sama turut membawa rezeki yang melimpah ruah malah anak kecilnya itu kini sudah pun menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment baru-baru ini. (rtky/s)