fbpx

Habis Beribu Untuk Baju, Nazim Othman Tidak Kisah Digelar Metroseksual

Bergelar pelakon lebih kurang lima tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak yang dipelajari oleh Nazim Othman dan dari situlah dia miliki kekuatan untuk terus bersaing dan kekal dengan imej tersendiri.

Tidak kisah digelar lelaki metroseksual, Nazim Othman atau nama sebenar Nushrul Alif bin Othman meberitahu jangka masa lima tahun dia berada dalam industri ini cukup mematangkan dirinya untuk menapis segala tohmahan.

“Biarlah kalau ada yang gelarkan saya lelaki metroseksual, terus-terang saya katakan disini saya tidak kisah kerana saya buat semua ini untuk kepuasan diri sendiri”

Mengakui berabis beribu hanya untuk memiliki baju yang sesuai di setiap penggambaran, Nazim Othman walaubagaimanapun tidak mahu berkongsi jumlah sebenar duit yang dilaburkan untuk imejnya.

Tidak mahu dikatakan riak, Nazim Othman memberitahu jumlah tidak boleh diberitahu tetapi memang sangat banyak duit dihabiskan.

“Bayangkanlah, sekarang saya ada dua penggambaran drama berbeza dan kedua-duanya saya buat imej berbeza dari segi rambut sehinggalah pakaian sendiri”

“Jujur saya katakan, wardrobe produksi saya tidak guna melainkan semuanya saya pakai baju sendiri”

Menurut Nazim lagi, dia tidak mengharapkan mana-mana tajaan kerana lebih selesa bergerak kemana-mana dengan pakaian sendiri.

“Kalau pakai baju sponsor saya jadi takut kerana hak orang dan kita tidak boleh letak sesuka hati, kalau barang sendiri kita dah tahu macam mana nak jaga dan akan automatik jadi sayang sebab beli pakai duit sendiri”

Diberi kepercayaan untuk menjadi duta jenama jam terkenal Ellese Nazim memberitahu kontrak jenama jam itu disambung setahun lagi.

“Alhamdullilah, rezeki masih berpihak kepada saya dan mereka masih mempercayai saya untuk menjadi duta produk mereka”

Di dalam perkembangan lain, Nazim Othman masih lagi di dalam penggambaran drama terbaru yang akan ditayangkan di slot Samarinda dan Lestary untuk TV3 berjudul “Kisah Cinta” dan juga “Epilog Cinta Khirana”.