fbpx

“Bekas Suami Akhirnya Jenguk Anak”

Setelah mengharungi jerih perit melahirkan anak perempuan sulungnya tanpa suami, Elly Mazlein akhirnya menerima kunjungan dari bekas suaminya, Azmi Hatta yang melawat anak mereka buat pertama kali selepas bercerai pada tahun lepas. Menerusi akaun Instagramnya, Elly meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan kunjungan itu serta mengharapkan ia berpanjangan.

BACA: Elly Mazlein Belum Sedia Cari Pengganti

screen-shot-2016-12-06-at-7-50-39-pm

“Syukur, Sefhia tidak menangis walau pun terlalu lama tidak berjumpa dengan bapanya. Semoga lawatan ini akan berterusan demi masa depan anak kami”

“Bercinta tidak salah, asalkan hak anak jangan disia-siakan. Jangan dihalang apabila bapa ingin berjumpa dengan anaknya dan jangan asyik bercinta sampai lupa darah daging sendiri,” tulisnya menerusi Instagram selain memberi peringatan untuk mengutamakan kebajikan anak.

Sementara itu, dalam posting yang sama, Elly turut berpesan kepada bekas suaminya supaya mementingkan kebajikan anak sulung mereka, Putri Sara Sefhia walaupun sedang hangat menjalinkan hubungan cinta. Sebelum ini, Elly pernah mendakwa bahawa Azmi tidak pernah datang menjenguk anaknya sejak beliau dilahirkan sehingga kini berusia sembilan bulan.

Apapun, semoga hubungan diantara Elly dan bekas suami akan bertambah baik dengan kehadiran anak yang amat memerlukan kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Bak kata orang buang yang keruh ambillah yang jernih, bermusuh lama pun tidak elok. (rkty/w)