fbpx

Beego Rancang Kahwini Linda Hashim & Rombongan Merisik Bulan Ini

Dengan gossip liar yang bukan bukan terhadap Beego sebelum ini, beliau tetap positif dengan hubungan beliau bersama Linda Hashim & sudah pun merancang untuk berkahwin.

Wartawan hiburan, Juwie menulis di Berita Harian yang Beego telah mengesahkan kepada beliau menerusi satu panggilan telefon tentang niat untuk berkahwin sekitar tahun 2013.

Menurut Beego, beliau sudah membawa Linda Hashim bertemu dengan keluarga beliau di Bandar Baru Uda, Johor sebelum Ramadhan lalu & mendapat reaksi positif dari mereka.

Ekoran itu, Beego akan menghantar rombongan untuk merisik & melamar pertengahan Oktober ini. Semoga berbahagia. Heh.