Bakal Pecah Panggung, Ramai Rindukan Baby Groot!
Oleh RTKY Staff pada
21 April 2017, 10:04AM

Anda ingat lagi tak perasaan bila tengok Groot tak mati lagi dan kemudian tumbuh pula Baby Groot yang comel gila? Anda tak perlu tunggu lama lagi kerana Guardians Of The Galaxy (GOTG) Vol 2 akan berada di pawagam pada 27 April ini!

Sebelum nak tunggu tayangannya di pawagam berdekatan anda lama lagi, apa kata anda cuba cari di mana Baby Groot berada dalam setiap gambar di bawah. Sebab kecil molek sangat, kadang kadang tak jumpa di mana Baby Groot.

Poster belah kiri senang nak cari, poster belah kanan anda jumpa?

Sekali imbas memang tak perasan di mana Baby Groot

Terbang laju laju macam ni tak hilang ke Baby Groot?

Tips cari Baby Groot: Cuba cari di bahu kawan yang lain

Apa apa pun, aksi GOTG Vol 2 kali ini memang meriah dengan kehadiran si kecil ini. Nah kami kongsikan beberapa lagi gambar comel si Baby Groot beraksi!

Tapi kita semua tak tahu kesudahan GOTG Vol 2. Apa yang pasti, cabaran kali ini adalah untuk menjejaki asal usul Star Lord dan pelbagai lagi konflik yang bakal muncul. Tak sabar betul nak tengok. Jom layan trailer mereka.

Jika anda tak puas lagi, kami kongsikan gambar di sebalik tabir sepanjang penggambaran filem ini dijalankan. Enjoice!

Untuk maklumat lanjut berkaitan filem ini termasuk jadual tayangan, layari www.popcorn.asia/gotgvol2


Komen & Lain-lain
5 komen untuk “Bakal Pecah Panggung, Ramai Rindukan Baby Groot!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *