fbpx

Baim Wong Mengaku Bercinta Dengan Elfira Loy?

Nampaknya kalau benar apa yang di’katakan oleh pasangan ini di kaca televisyen malam tadi, kita ada pasangan bercinta baru dikalangan selebriti untuk di’perhatikan. Heh. Ini kisah Baim Wong & Elfira Loy.

Pasangan ini muncul di program hiburan MeleTOP malam tadi untuk mempromosikan telefilem lakonan mereka, Untuk Terakhir Kali yang akan ke udara di Astro RIA pada 9.00 malam 27 Jun 2013 nanti.

Apabila Neelofa bertanyakan apa yang membuatkan telefilem ini berbeza dengan yang biasa di’lakukan, pelakon berasal dari Indonesia itu spontan & berseloroh menjawab kerana adanya Elfira Loy.

“Memang benar bercinta,” ujar Baim Wong yakin apabila sekali lagi Neelofa & Nabil Raja Lawak mengajukan soalan tentang hubungan beliau dengan rakan pelakon Elfira Loy — di’sambut sorakan satu studio.

Baim Wong turut mahu menunjukkan SMS antara beliau & Elfira Loy untuk membuktikan yang mereka memang serius bercinta sebelum berubah fikiran ingin menyimpan SMS itu tanpa mendedahkan kepada umum.

Jadi, adakah mereka benar sedang bercinta atau gimik lariskan telefilem?