fbpx

Bahan Gossip Baru, Izara Aishah Mahu Tubuhkan Kelab Peminat Sendiri

Kenapa kami katakan Izara Aishah sebagai bahan gossip terbaru? Kerana beliau muncul dalam masa yang sama Neelofa muncul & Neelofa sudah pun ada koleksi gossip sendiri.

Kita nantikan sahaja siri gossip buat pendatang baru dunia seni tanah air yang penuh licik ini. HAHA!

Izara Aishah yang merupakan Naib Juara Dewi REMAJA 2010 ini berkata kepada Gua.com.my hari ini yang beliau tidak berehat dari dunia seni di bulan Ramadhan.

Mula mencipta nama melalui drama ‘Keranamu Laila’, Izara Aishah kini sedang sibuk dengan pengambaran drama baru berjudul ‘Soffiya’ terbitan Filmscape.

Izara Aishah juga bercadang untuk menubuhkan kelab peminat sendiri untuk memudahkan beliau berinteraksi dengan peminat & merapatkan jurang selebriti dan artis.

“Mungkin kami boleh buat rawatan kecantikan di spa ataupun ke salun rambut untuk dapatkan potongan rambut terkini. Paling tidak, kami boleh duduk berbual di kafe pilihan untuk berkongsi tip kecantikan,” kata Izara Aishah.

Eh. Kami yang lelaki ini kalau turut serta tidak boleh? Kasihan editor kami, baru bercadang mahu calonkan diri sebagai presiden kelab.