fbpx

Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah Selamat Diijabkabul

Tahniah kami ucapkan kepada Azwan Kombos dan juga Ezzaty Abdullah kerana telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Bentong, Pahang pada pukul 11.30 pagi ini.

BACA: Gambar Pra Perkahwinan Azwan Kombos Dan Ezzaty Abdullah

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdullah Mat Isa dan disaksikan oleh Jurunikah Daerah Bentong, Mohd Rasmawi Harun. Dalam majlis tersebut, Azwan telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan. Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung sehari kemudian iaitu 17 Julai 2016, di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Kaki 5 Photo