fbpx

Awie Mendakwa Jadi Mangsa Amalan Sihir, Muntah Bulu Ayam Dan Jarum Tajam

Kasihan pula kami dengar kisah Awie yang mendakwa diri’nya kini menjadi mangsa perbuatan sihir orang tertentu.

Kami dengar tentang kisah buatan orang ini ketika berlangsung’nya konsert Loudspeaker 2011 yang berlangsung akhir tahun lalu.

Penganjur ada maklumkan yang Awie hampir hampir menarik diri dari membuat persembahan dek kerana diri tidak sihat akibat satu penyakit misteri.

Dan hari ini melalui Harian Metro, Awie mengakui yang dirinya jadi mangsa perbuatan santau orang yang tidak berpuas hati dengan diri beliau dan Awie berkata beliau ketika membuat persembahan bersama Ella di Istana Budaya, beliau muntahkan jarum halus & bulu ayam.

“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” kata Awie kepada media.