Awal Ashaari Takut Wartawan, Minta Layanan Istimewa – Polis
December 27, 2009 by RotiKaya Staff
(Sumber Gambar: Sedutan Sidang Akhbar di Astro | Berita: mStar Online)
Masih belum habis lagi kisah penangkapan epik Awal Ashaari, Scha al-Yahya & yang lain-lain. Kali ini, pihak polis bersuara.
Menurut pihak polis, mereka memberikan layanan sama rata kepada semua yang terlibat & Awal Ashaari tidak terkecuali.
Layanan istimewa yang di’dakwa Awal Ashaari dalam sidang media malam tadi adalah atas permintaan Awal Ashaari sendiri yang mahu menyorok dari wartawan.
“Selepas ujian air kencingnya selesai, ikutkan Awal sudah boleh beredar dari situ (IPK) tetapi dia yang minta untuk berada di situ buat sementara waktu kerana takut dengan ‘paparazi’.”
Pihak polis juga meminta orang ramai supaya tidak pandang serong terhadap polis atas kenyataan ‘layanan istimewa’ dari Awal Ashaari.


kisahsensasi on Mon, 28th Dec 2009 6:49 am
Awal nie memang budak NAKAL…. tapi pelik untuk press conference tu…apsal si fahrin pun ade…rasanya takde benda yang dia perlu jelaskan….
RotiKaya Staff on Mon, 28th Dec 2009 8:07 am
dia saja nak dengar kot apa cerita scha ni.. mengambil berat.. ha ha
Zara on Mon, 28th Dec 2009 4:19 pm
PC tu khas utk sehati berdansa. Sbb tu fahrin dgn penerbit Sehati Berdansa ada skali. tapi, reporter lbh minat nk tanya pasal kisah dansa Scha-Awal. Standard la.
amy akashah on Mon, 28th Dec 2009 11:14 pm
haha klo korang nk tau nape fahrin ade kt situ.die sbnrnyer nk awal xpalin kan naper awal kuarkan kenyataan kt blog awal sndti cakap yg fahrin xpandai nk tacle scha ni sex maniac.alah klo da kantoi tu kantoi jgk.tu nsb bek negetif tp klo check alcohol korang rase dierg sangkut x??tp plik klo polis ckp xde layanan istimewe nape dua lg artis yg besame dgn dierg x didedahkan name dierg skli.nape nape name awl n scha je.x adil bukan???
nona on Wed, 27th Jan 2010 5:43 pm
oooo kes perasan la si awal ni ye..siap sebut nama penuh inspektor tu lagi (pompuan..) kekonon polis jaga dia la yeak..fames sgt ke dia ?