fbpx

Scha Al-Yahya Telah Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Awal Ashaari menerusi akaun Instagram beliau hari ini memaklumkan yang isterinya, Scha al-Yahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang juga merupakan anak sulung pasangan ini.

“Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua,” tulis Awal Ashaari.

Scha al-Yahya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan - ROTIKAYA

Bercakap kepada Harian Metro, Awal Ashaari memaklumkan yang mereka sudah mempunyai beberapa nama untuk anak sulung mereka ini namun masih belum membuat apa apa keputusan muktamad mengenainya.

BACA: Dijangka Bersalin Akhir Julai, Scha al-Yahya Anjurkan Baby Shower

“Nama belum (beri) lagi tapi kita memang sudah ada dua, tiga nama yang disenarai pendek. Saya dan Scha nak tengok keadaan dulu Rasanya dalam dua atau tiga hari ini belum lagilah (beri nama anak). Kami kena tatap muka anak dulu”

“Saya kena duduk dan berdepan dengan dia (anak) dan cuba panggil (beberapa pilihan) dan tengok mana satu yang okey dengannya,” ujarnya.