fbpx

Atasi Perdana Menteri, Lisa Surihani Punyai Paling Ramai Pengikut Di Twitter

Jika di dunia Instagram ianya dikuasi oleh Nora Danish dengan pengikut paling ramai di Malaysia ketika ini, di laman sosial mikro Twitter pula nampaknya Lisa Surihani masih mendahului bukan sahaja selebriti malah individu berpengaruh lain dari segi jumlah pengikut.

BACA: Nora Danish Kumpul Paling Ramai Pengikut Di Laman Sosial Instagram

Lisa Surihani seperti di laporkan Malaysian Digest memiliki lebih 2.87 juta pengikut dan Perdana Menteri Malaysia berada di tangga kedua dengan pengikut berjumlah 2.09 juta. Senarai 20 orang paling berpengaruh oleh laman TwitterCounter ini sebenarnya didominasi oleh selebriti.

Hanya enam orang dalam senarai di bawah bukan bergelar selebriti termasuklah Tony Fernandes (879,247), Ustaz Azhar Idrus (853,816), Khairy Jamaluddin (683,140) & Hishammuddin Hussein dengan jumlah pengikut 679,787 di tangga terakhir. Siapakah Dr. Nelson Pung?

Berikut merupakan senarai penuh 20 individu di Malaysia paling ramai pengikut di Twitter:

1. Lisa Surihani @LisaSurihani – 2,872,443 pengikut
2. Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak – 2,093,003
3. Zizan Razak @zizanrajalawak – 1,672,091
4. Shaheizy Sam @Shaheizy_Sam – 1,634,479
5. Aaron Aziz @AaronDwiAziz – 1,558,973
6. Siti Nurhaliza @CTNurhaliza11 – 1,486,075
7. Awal Ashaari @awalashaari – 1,419,017
8. Najwa Latif @NjwaLatif – 1,187,905
9. Neelofa @Neelofa – 1,118,116
10. Fara Fauzana @REALFAFAU – 1,12,884
11. Nur Fazura @missfazura – 1,022,753
12. Dr. Nelson Pung @NelsonPung – 1,008,528
13. Irma Hasmie Ibrahim @IRMA_HASMIE – 891,887
14. Tony Fernandes @tonyfernandes – 879,247
15. Ustaz Azhar Idrus #UAI @ustazharidrus – 853,816
16. Juliana Sophie Evans @juliana_evans – 800,357
17. Izara Aishah @IzaraAishah – 753,162
18. Sh Norazean Mahadzir (Scha Al-Yahya) @schaalyahya – 688,180
19. Khairy Jamaluddin @Khairykj – 683,140
20. Hishammuddin Hussein @HishammuddinH20 – 679,787