fbpx

Aril AF7 Fobia Mahu Hantar Anak Ke Taska

Akibat tragedi yang pernah berlaku kepada kawan baiknya sendiri, Aril AF7 mahu mengambil langkah lebih berhati-hati dalam penjagaan anaknya, Tun Adriel Mikael yang berusia tujuh bulan. Kata Aril, dia lebih rela untuk menjaga anak sendiri.

BACA: Aril AF7 Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

“Tragedi berlaku kepada kawan baik saya. Anak yang pertama gugur ketika tujuh bulan kandungan. Anak yang kedua pula dilahirkan sempurna dan dihantar ke pusat jagaan kerana beliau dapat tawaran bekerja jauh”

“Hanya beberapa kali hantar ke pusat jagaan beliau mendapat panggilan mengatakan anaknya tidak bernafas dan disahkan meninggal dunia apabila dihantar ke hospital,” katanya kepada Malay Mail Online.

Sedia mengetahui bahawa tugas pusat asuhan perlu menjaga ramai kanak-kanak pada satu masa, Aril menjelaskan dia hanya meletakkan kepercayaan kepada ahli keluarganya sahaja. Tambahnya, dia tidak kisah bersengkang masa demi cahaya mata sulungnya itu.

“Saya suka melihat anak membesar depan mata, bermula dari proses dia mula merangkak, makan, bercakap. Ini pengalaman seronok bukan semua orang boleh dapat. Ini kali pertama saya ada anak. Kalau nak kata penat itu memang tapi tak mengapa, biarlah penat berkorban. Harap-harap dia balas,” katanya. (rtky/s)