Anas Ridzuan Masih Kuasai Persaingan Minggu Kedua Mentor Kumpulan A | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
16 April 2012, 3:04AM

Sebelum bermula apa apa, bagaimana dengan wajah baru Rotikaya.com ini yang kami reka khas untuk anda semua supaya tidak malu untuk melayan laman hiburan di’tempat kerja. Kami terasa cantik, classy tetapi masih bercirikan moden. Perasan itu perlu dalam bidang ini.

Anas Ridzuan, anak didik Faizal Tahir dalam program Mentor musim ke-6 sekali lagi membuktikan penguasaan apabila berjaya menduduki tempat pertama mingguan untuk dua persaingan berturut turut.

Peserta yang membawa lagu solo, Dewi & duet bersama Caroline untuk lagu Keliru berjaya menambat hati juri tetap, juri awam & penonton di’rumah dengan membawa pulang 64 markah meninggalkan jauh dua lagi peserta dalam Kumpulan A malam tadi. 

Tisha, protege Ferhad berjaya mengumpul 44 markah manakala protege Ramlah Ram, Ana Syuhada sekali lagi terpaksa berpuashati dengan kedudukan paling bawah Kumpulan A dengan hanya 41 markah daripada kesemua juri pada malam itu.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...