Oleh RotiKaya Staff pada
06 May 2013, 9:05AM

Kalau anda mempunyai masa untuk peduli akan dunia hiburan tempatan semalam ketika sibuknya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13), anda pasti terbaca tulisan tentang Diana Danielle ini di Berita Harian.

Menerusi ruangan Desas Desus dalam sisipan Bpop semalam, Zubir Yunus menyampaikan cerita yang katanya kehidupan Diana Danielle di Sydney, Australia ketika ini adalah atas tajaan seseorang.

Bukan mana mana VIP berpangkat tinggi, tetapi individu bermurah hati tersebut khabarnya adalah kawan perempuan Diana Danielle sendiri yang juga merupakan anak kepada seseorang yang bergelar VIP.

Anak VIP tersebut juga khabarnya telah membawa pulang Diana Danielle secara rahsia ke Malaysia baru baru ini kerana kerajaan Australia tidak menggalakkan warga asing bersalin di negara tersebut.

Dalam tulisan yang sama, Zubir Yunus turut mempertikaikan sama ada benar Diana Danielle menyambung pelajaran di Sydney kerana kemaskini status & gambar di Instagram mahu pun Twitter tidak selari.

Peminat sendiri boleh melihat yang Diana Danielle lebih kerap menulis tentang tips kecantikan & menjual produk kecantikan dari menulis tentang kehidupan sebenar beliau sebagai pelajar di’sana. Hmm.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...