fbpx

Akim Ahmad: Stacy Semakin Hampir Peluk Islam, Tunggu Seru Tuhan

Penyanyi Akim Ahmad menjelaskan dia mahu membeli rumah terlebih dahulu sebelum berkahwin. Katanya lagi itulah keinginannya sebelum dia melangkah ke fasa seterusnya.

“Saya nak beli rumah dapat satu rumah pun cukuplah untuk sekadar berteduh anak beranak sudah memadai. Jadi kalau tidak mempunyai rumah masalah juga”

“Kalau ada rezeki yang baik, selesa untuk kita dan keluarga dapat rumah yang kecil pun tidak ada masalah yang penting kita dapat berteduh anak-beranak serta rumah hak kita,” katanya yang ditemui semasa majlis perasmian Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s kelmarin.

BACA: Stacy Anggap Tuduhan Liar Sudah Peluk Islam Melampau

Dalam pada itu, dia memberitahu masih belum bersedia untuk berkahwin tetapi kedua-dua buah keluarga Akim dan Stacy sudah merestui perhubungan mereka cuma tinggal Stacy sahaja yang belum lagi memeluk agama Islam.

“Saya sendiri pun tak sedia lagi untuk berkahwin. Kita tunggu seru Tuhan dan tinggal dia (Stacy) nak peluk Islam. Tetapi kami sudah ke arah itu. Kedua-dua buah keluarga sudah merestui hubungan kami. Jadi untuk ke peringkat seterusnya saya rasa perlu menyiapkan banyak perkara dalam kehidupan”

“Sebab kehidupan berkeluarga ini adalah satu perkara yang berbeza mungkin bila kita seorang kita dapat kawal semua itu, tapi bila sudah berkeluarga semua itu ada batasnya. Saya belum bersedia ke arah itu sebab masih lagi berkeinginan dan oarng tak boleh halang,” katanya yang masih belum bersedia untuk berkahwin.

Dalam pada itu, Akim turut berkata sekiranya berkahwin kelak, dia tidak ada masalah untuk mendidik Stacy kerana yakin dengan ilmu agama yang dipelajarinya selama ini dan apa yang penting baginya ialah restu ibubapa.

“InsyaAllah untuk mendidik tidak ada masalah sebab kita pun ketua keluarga. Ilmu yang diberikan oleh ibubapa saya itu cukup lengkap dan tahu akan batas-batasnya, yang penting niat kita sendiri,” tambahnya lagi. (rtky/h)