fbpx

Adik Uqasha, Nelydia Senrose Juara Dewi Remaja 2015

Adik kepada pelakon Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose, Raysha Rizrose telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja edisi 2014/2015, menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid.

Mengakui terkejut dengan kemenangan tersebut, Raysha Rizrose telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 selain mahkota kemenangan disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Neelofa.

“Saya masih seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2014/2015. Dunia seperti berhenti seketika apabila nama saya diumumkan sebagai sebagai juara dan ia menjadi antara pengalaman paling manis dalam hidup saya”

“Banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya mengenai kepentingan untuk menjaga disiplin diri, menepati masa, memperbaiki ketrampilan diri, cara berhadapan dengan orang ramai dalam pelbagai situasi serta banyak lagi”

“Pengalaman yang cukup berharga ini secara tidak langsung memberikan impak kepada personaliti saya secara peribadi,” katanya kepada Berita Harian. (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: Berita Harian