
Yada yada isu gelang AC Mizal yang di’dakwa mark-up harga melampau semua orang sudah tahu rasanya sehingga hari ini.
Seperti kebanyakaan syarikat MLM lain, Harian Metro adalah publikasi arus perdana paling mesra buat mereka untuk beriklan atau membela diri.
Hari Ahad yang menenangkan ini, Harian Metro mengeluarkan laporan jawapan AC Mizal terhadap beberapa dakwaan superhero Malaysia Aidid Mu’addib.
Kami copy-pasta beberapa point yang penting untuk pengetahuan & penilaian akal bijak anda semua. Kami tidak cukup yakin akan jawapan di’berikan AC Mizal. Dan, apa Khai AF1 buat di’sisi AC Mizal?
1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000
Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.
2) Tiada Lesen Jualan Langsung
Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.
3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London
Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.
4) Testimoni yang ditiru daripada laman web
Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.
pasal harga markup tu biasala…sume produk MLM mcm tu… bioaura Hai-O, lampberger…. juga produk2 mcm Permata Hijrah dan Dr Jism… sumenye didapati dengan harga murah daripada china…
jual kat sini berlipat kali ganda… tapi tak heran pasal sume tu nak bagi komisyen kat downline…
bg sy, yang jadi isu kat produk2 ni, testimoni dan khasiat produk2 ni diperbesarkan dan akhirnya makcik2 dan makcik2 di tipu sampai sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata2 untuk barang yang ‘useless’ sebenarnya bagi sesetengah orang…:P
Sudah-Sudahlah Permata Hijrah Trading : Jangan Menipu Umat Islam Lagi
All this MLM shit!
Akak tengok si Khai AF1 tu dah jadi macam Mamat Indon pulak dah! :)
Gelang AC Mizal tu kat paso malam tmpt aku d jual RM 18 je!!! memang sama pun, cume yg paso mlam gelang tepi…sludup ler. Sudah2 ler asyik ke tipu dn mudah tpedaya dgn artis, lbih2 lg yg jadi duta produk!cuma jadik duta wakil je! nak sihat rajin2 istiqamah bersenam and gaya idup sihat. jgn lupe minum air masak/brtapis skurang2 8 gelas sehari..Insyallh sihat! Aku dah pratikkan ..alhamdulillah dgn izinNya, jimat pun jimat!!
apa kejadahnye? jawapan ex budak RMC mcm ni ke?come on la ac mizal, orang lain keluar rmc jadi korporat, lu plak kuar jadi keparat. melayu lesap melayu.