fbpx

Gossip: Neelofa, Hans Isaac Bercuti Sama Ke Koh Samui, Thailand?

Gossip: Neelofa, Hans Isaac Bercuti Sama Ke Koh Samui, Thailand?Selamat tinggal Malaysia. Ini merupakan gossip yang terakhir daripada kami. Neelofa pasti bakal menghantar surat arahan untuk kami hentikan operasi serta merta. Heh.

Semalam, tidak berapa lama selepas Neelofa menulis di Twitter mengatakan yang beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang, kami menerima tips tentang destinasi beliau.

Akaun Twitter dengan nama Kepak Merah mengatakan yang menurut sumber sahih, Neelofa terbang ke Koh Samui, Thailand untuk bercuti bersama Hans Isaac. Itu dia sebiji gossip panas.

Mengetahui identiti sebenar di’sebalik Kepak Merah, gossip yang beliau sampaikan ini ada kebarangkalian benar — selain Hans Isaac sahkan yang beliau berada di Koh Samui.

Tulisan terakhir Neelofa semalam adalah sekitar 1.46 petang yang secara kebetulan selari dengan masa penerbangan dari lapangan terbang ke lokasi percutian popular itu. Kebetulan.