fbpx

Teka-teki selama beberapa minggu yang lepas siapakah yang bakal menjadi pengetua Akademi Fantasia 2014, akhirnya telah terjawab apabila Datuk Hattan telah diumumkan untuk mengetuai Akademi Fantasia 2014 pada konsert malam konsert kelmarin.

Bagaimanapun, Datuk Hattan telah memberikan beberapa syarat sebelum menerima tawaran tersebut dan antara syaratnya ialah beliau tidak mahu lagu ciptaan seberang iaitu lagu Indonesia dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Akademi Fantasia kali ini.

“Kita banyak lagu-lagu tempatan yang masih boleh dinyanyikan oleh mereka & kita harus bangga dengan ciptaan sendiri, daripada kita bayar royalti kepada mereka lebih baik kita berikan sumbangan ini kepada industri tempatan”

“Tetapi saya tak menolak sekiranya lagu-lagu yang bersifat ketuhanan saya menerimanya. Lagipun saya melihat bakat yang ada untuk musim kali ini sangat bagus seperti Nuha yang mempunyai latar belakang jurusan muzik dan tidak salah untuk peserta kali ini diberi peluang untuk membuat lagu atau menulis lirik sendiri jika mereka berjaya untuk ke pusingan akhir nanti,” katanya tegas.

Hattan juga akan melakukan sedikit perubahan kepada para pelajar AF musim ini dengan caranya yang tersendiri dan akan sama-sama kita saksikan hingga ke hujung musim ini. Bagi peminat tegar AF di luar sana jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda. (rtky/hfz)