fbpx

30 Artis Tempatan Hadapi Cabaran Dalam Fear Factor Selebriti Malaysia

Buat pertama kali setelah 7 tahun diperkenalkan, Astro Ria bakal menyajikan penonton dirumah dengan sebuah program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia. Program yang diadaptasi dari program popular antarabangsa ini diberi nafas baru bersesuaian dengan budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.

Program 13 episod ini akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 29 Disember 2012 di saluran 104 Astro Ria. Dihoskan sepenuhnya oleh pelakon popular, Aaron Aziz, Fear Factor Selebriti Malaysia menampilkan 30 selebriti popular tanah air yang dibahagikan kepada 15 kumpulan yang terdiri daripada 2 peserta bagi setiap kumpulan.

Ezlynn & Nik Michael, Roslan Shah & Azam Pitt, Dazrin Kamarudin & Hairul Azreen, Hafizul (ON AIR) & Hefny (ON AIR), Zaween Anwar(Hero Remaja) & Iz (OIAM), Arthur Tan & Celina Khor, Mejar Dr Faiz & Jehan Miskin, Azri (AF) & Atu (Raja Lawak), Didie Alias & Norisham Ismail, Akim Ahmad & Farish Aziz, Kaka Ashraff & Johan Ashaari, Arja Lee & Alam (Wakaka Crew), Dafi Ismail & Zoey Rahman, Elfira Loy & Ajak (Shiro Raja Lawak) dan Gambit Saifullah & Aliff Hadi.

Menariknya program ini, pen

ggambaran telah dilakukan sepenuhnya di Cape Town, Afrika Selatan. Peserta diuji dari aspek ketahanan dan keberanian beraksi secara lasak selain ketahanan mental dan fizikal bagi memastikan peserta benar benar layak memegang gelaran juara. Ini memperlihatkan kesungguhan selebriti selebriti ini beraksi lasak yang tidak pernah kita lihat ataupun mereka sendiri lakukan sebelum ini.

Pemenang utama akan menerima wang tunai sebanyak RM200,000. Pemenang cabaran mingguan turut membawa ganjaran wang tunai RM10,000.

Tidak ketinggalan untuk orang ramai yang berminat Astro akan menganjurkan acara Zon Fear Factor di empat lokasi terpilih, Lembah Klang, 15 & 16 Disember 2012, Kuantan, 22 & 23 Disember 2012, Pulau Pinangm 5 & 6 Januari 2013, Johor Bharu, 12 & 13 Januari 2013. Dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Sesi kedua,jam 4.00 petang sehingga 9.30 malam.

Zon Fear Factor ini akan disertai oleh selebriti selebriti Astro. Orang ramai berpeluang memenangi hadiah istimewa dari Astro seperti iPad Mini, iPhone 5, Xbox Kinect dan cenderamata khas Fear Factor yang bernilai lebih RM 10,000. Jadilah silalah dating beramai ramai bagi menguji tahap kekutan fizikal dan mental anda.

zp8497586rq