fbpx

27th Golden Disk Awards — Senarai Keputusan Penuh GDA Hari Kedua

Oleh kerana majlis 27th Golden Disk Awards yang berlangsung malam ini tidak di’siarkan secara langsung, adalah penting untuk anda membaca Rotikaya untuk mendapatkan liputan terkini anugerah berprestij Korea ini.

27th Golden Disk Awards (GDA) mengambil tempat di Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari bermula hari ini & bakal menyaksikan penampilan khas 25 nama besar dalam dunia muzik pop Korea.

Anugerah pada 27th Golden Disk Awards ini terbahagi kepada dua kategori besar iaitu Album dan juga Lagu dengan penambahan beberapa kategori populariti yang mengambil kira undian para peminat.

Berikut adalah 9 lagi kategori yang di’pertandingkan pada malam ini beserta keputusan penuh untuk rujukan anda para peminat muzik pop Korea Selatan — dua hari ini adalah hari anda. Enjoice!

SONG OF THE YEAR
PSY – Gangnam Style

GOLDEN DISK AWARD SONG DIVISION
T-ARA, miss A, Sistar, Huh Gak, 2NE1, BIG BANG, f(x), K.Will, Secret, G-Dragon (Crayon), Psy (Gangnam Style)

NEW RISING K-POP STAR
Ailee, Lee Hi dan BAP

SINGLE ALBUM OF THE YEAR
Teen Top

BEST HIP HOP STAR
Epik High

MSN INTERNATIONAL AWARD
BIG BANG

GALAXY STAR AWARD
SISTAR

CECI POPULARITY AWARD
G-Dragon

INSTYLE FASHIONISTA AWARD
Lee HongKi