Damn You Japanese! Paris Hilton Tidak Jadi Jejak Kuala Lumpur

Sebenarnya pengaruh selebriti bernama Paris Hilton ini tidak’lah sebesar mana di bumi Malaysia ini, sekurang-kurangnya pada kami.

Namun apabila mengetahui yang Paris Hilton merancang untuk berada di Kuala Lumpur hujung minggu bagai satu peluang untuk kami berlaga bahu dengan selebriti yang terkenal dengan sedozen kes polis & video lucah ini.

Namun, orang Jepun sebagai seorang Jepun, melarang kemasukan Paris Hilton dek kerana undang-undang negara itu yang melarang kemasukan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Paris Hilton yang baru dua hari lepas mengaku bersalah di Las Vegas atas tuduhan memiliki dadah di’tahan & di soal siasat selama 6 jam sebelum di’suruh pulang. Kejam.

Paris Hilton di’jadualkan berada di Pavilion Kuala Lumpur Jumaat ini bagi melancarkan koleksi terbaru musim luruh dan sejuknya di pusat membeli-belah terkemuka di Malaysia itu.

Diana Danielle Marah Pak Guard, Kami Kembali Semula

Beberapa hari lepas, kalau ada yang perasan (kalau ada), kedatangan mesra anda ke’sini akan di’sambut dengan amaran keras bahawa blog suci murni ini mengandungi malware.

Selepas kembali di’review oleh pihak berwajib, kami kembali untuk berurusniaga seperti biasa walaupun penulis sebenarnya tidak mempunyai banyak masa.

Harapnya kes memalukan seperti yang terjadi ini tidak akan berulang di’masa hadapan. Kalau kami besar, sudah kami saman pihak bertanggungjawab atas alasan kehilangan punca pendapatan.

Tetapi siapalah kami yang kerdil lagi tidak kaya ini untuk memarahi sesiapa. Lain’lah Diana Danielle. Esok kita cerita lain. Penat mahu lepaskan lelah dengan katil empuk.

(Video) Jualan Mercun & Kemalangan Jalan Raya Jatuh Merudum

allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="465" height="300">

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Usahawan mercun & bunga api seluruh negara hari ini di’landa kegelisahan berikutan tindakan rakyat Malaysia yang mula memboikot ‘bahan terlarang’ tersebut.

Ini semua di’katakan berpunca dari sebuah video khas seorang selebriti yang turut mengandungi pesanan supaya anak-anak Malaysia tidak bermain mercun yang bahaya akibatnya.

Selebriti yang di’kenali dengan nama Lisa Surihani ini turut berpesan kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati semasa di’jalanan sepanjang musim perayaan ini.

Video yang di’siarkan melalui laman web sosial Facebook telah menerima ribuan penonton dalam masa beberapa jam sahaja & ini di’jangka akan memberi impak kepada statistik Ops Sikap tahun ini.

Ketua Troller Bahagian Subang Jaya, Obefiend gagal di’hubungi untuk mengulas lanjut tentang kesan positif video cute ini kepada masyarakat umum.

Editor’s Note: Lisa, you’re cute. In case kami tiada masa, anggap sahaja ini entri ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami.

12