Blackberry Fasha Sandha Hilang, Orang Ramai Sedang Menunggu Video Panas

Artis jelita, Fasha Sandha kerugian lebih RM2,000 apabila telefon pintar Blackberry miliknya hilang selepas bilik penginapannya di sebuah hotel di Pantai Chenang di sini, dimasuki pencuri.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan hanya telefon pintar Blackberry milik Fasha Sandha dilarikan pencuri.

Dalam kesibukan orang ramai dengan video lucah Ariel Peterpan yang bocor dek kerana rakan sendiri, telefon bimbit peribadi milik Fasha Sandha kini di’tangan orang.

Tidak’lah kami kata yang telefon bimbit Fasha Sandha mengandungi video serupa namun maklumat peribadi dalam telefon bimbit itu pasti menjadi bahan berita berharga.

Kami harap tiada apa-apa dalam telefon bimbit tersebut yang boleh mejejaskan karier Fasha Sandha hari ini. Kalau ada, e-mail’kan kepada kami!

Maria Tunku Sabri Kalah Saman Bekas Kekasih Gelap RM5.5juta

“If your boyfriend doesn’t want to marry you because you are married, sue that bugger” – @loveykatz

Mungkin kami sedikit lambat dalam mengikuti kes aneh Ratu Makan Malaysia ini, namun keputusan hari ini tidak memihak kepada Maria Tunku Sabri.

Maria Tunku Sabri memfailkan tuntutan RM5.5juta terhadap Datuk Wan Johani Wan Hussin yang di’katakan melanggar kontrak untuk mengahwini beliau.

Mahkamah memutuskan yang kontrak itu tidak sah & tidak bermoral kerana ketika kontrak itu di’buat, Maria Tunku Sabri masih bergelar isteri orang.

Peguam yang mewakili Maria Tunku Sabri masih dalam perbincangan sama ada untuk mengemukakan rayuan sekali lagi atau tidak.

Nasihat kami jangan. Kontrak tersebut jelas & terang membuka pekung di’dada Maria Tunku Sabri sendiri.

Tindakan memfailkan tuntutan jutaan ringgit ini pada kami tidak lain tidak bukan hanya bermotifkan kewangan & bukan untuk menegakkan apa-apa hak atau keadilan.

(Gossip) Mawi Kahwin Lain & Sakit Dek Kerana Buatan Orang?

Kredit Foto: Terima Kasih Ribun Lemon Tanpa Prejudis untuk Sir Mart Outdoorgraphy

Angin tiada, ribut tiada dengan tiba-tiba KOSMO! hari ini menyiarkan satu pengakuan tidak bersalah Mawi terhadap gossip terbaru beliau.

Konon’nya, Mawi di’katakan telah bernikah dengan seorang gadis dari Temerloh & gossip ini sangat hangat di’kalangan wartawan hiburan.

“Saya setia kepada Ekin seorang!”, begitu penjelasan terang & tegas dari Mawi untuk mereka yang pandai membawa cerita tersebut.

Satu lagi kisah Mawi yang kurang enak kami dengar adalah beliau di’katakan kini tidak begitu sihat dengan penyakit misteri.

Mawi di’katakan mula bercakap seorang diri & sudah berubat ke merata tempat, namun penyakit itu masih ada.

Mungkin Mawi sedang hafal lirik atau skrip filem, siapa tahu. Pandai orang kita terus buat kesimpulan yang Mawi sakit. Be strong, Mawi.

(Gossip) Scha al-Yahya Kini Bercinta Dengan Pelakon Lelaki Drama K.I.T.A?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Ha! Itu dia tajuk straight forward orang-orang Barat kata. Senang untuk mereka yang suka melompat ke kesimpulan tanpa membaca isi kandungan.

Menurut seorang wartawan awam, Scha al-Yahya yang kebelakangan ini sering di’kaitkan bercinta dengan Awal Ashaari di’katakan sudah tidak bersama lagi.

Kini, Scha al-Yahya di’katakan sedang rapat & berkemungkinan bercinta dengan salah seorang pelakon lelaki kacak dari drama bersiri K.I.T.A.

Sumber tidak pula menyatakan siapa gerangan pelakon lelaki tersebut namun jika benar, apa pula tujuan Scha al-Yahya menemankan Awal Ashaari ke Bali tidak lama dahulu?

Beberapa gambar Scha al-Yahya & barisan pelakon lain ketika pengambaran drama K.I.T.A selepas ini. Enjoice & selamat berteka teki! Teruskan Membaca

Eh, Noh Hujan & Bob KU2 Tubuhkan Band Baru – The Hoolibuns

Okay. Bukan Noh Hujan & Bob KU2 berdua sahaja yang menjadi nadi kuat band baru ini, ada seorang lagi yang agak low profile bernama Mohd Jayzuan.

Menariknya band baru ini yang kami rasa adalah band sampingan suka-suka adalah kolaborasi Noh Hujan bersama Bob KU2 yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kami.

Lagu pertama mereka (mungkin) bertajuk ‘Saatnya Penalti’ agak lewat keluar kerana habisnya sudah Piala Dunia 2010, namun masih segar untuk di’dengar telinga.

Video tidak rasmi The Hoolibuns mendendangkan Saatnya Penalti selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

12