fbpx

10 Tiket Tayangan Perdana The Avengers Untuk Anda Menang Daripada Tune Talk

Mahukah anda menjadi antara kelompok manusia pertama di’dunia ini yang menyaksikan filem paling di’nantikan untuk tahun 2012 ini? Tune Talk boleh merealisasikan impian itu.

The Avengers bakal membuka tayangan seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat pada 27 April 2012 ini dan melalui Tune Talk, anda boleh menyaksikan filem ini sehari sebelum iaitu pada 26 April di Golden Screen Cinemas (GSC), Pavilion.

Menyaksikan barisan pelakon yang mantap, The Avengers di’bintangi oleh Robert Downey Jr. sebagai Iron Man, Chris Hemsworth (Thor), Scarlett Johansson (Black Widow).

Selain itu filem adaptasi komik yang di’terbitkan pertama kali pada 1963 ini turut di’bintangi Chris Evans (Captain America), Mark Ruffalo (The Hulk), Samuel L. Jackson (Nick Fury), Jeremy Renner (Hawkeye) & Tim Hiddleston sebagai Loki.

Cara untuk menang: Mudah sahaja, anda hanya perlu hantarkan e-mail dengan subjek ‘Marvel’s The Avengers‘ dan namakan tiga superhero yang tampil dalam filem The Avengers kepada [email protected]. Itu sahaja? 

Kami hanya akan memilih lima peserta pertama yang berjaya menembusi peti e-mail kami selepas jam 2.00 petang (17 April 2012) dan setiap pemenang akan menerima jemputan eksklusif ke tayangan perdana The Avengers anjuran Tune Talk pada 26 April 2012 ini di GSC Pavilion Kuala Lumpur.