fbpx

Zynakal Mohon Maaf, Tiada Niat Persenda Budaya Sarawak

Dikecam teruk susulan tindakannya didakwa memerlu budaya Sarawak, penyanyi Zynakal tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, Zyanakal berkata dia tiada niat untuk mempersendakan budaya dan adat Sarawak, sebaliknya hanya bergurau dengan rakannya, Yonnyboii.

BACA: Selepas Ryzal, Zynakal Pula Perli Budaya Sarawak?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya warga Sarawak yang terasa dengan komen saya,” katanya.

Kata Zynakal lagi, dia memohon maaf seandainya gurauannya itu menyakitkan hati mana-mana pihak serta berharap permohonan maafnya itu dterima semua warga Sarawak.

“Disini saya ingin menjelaskan tentang komen tersebut, saya tiada niat untuk persenda budaya orang Sarawak, niat saya hanya mempersendakan Yonnyboii sahaja.

“Saya harap maaf saya diterima oleh anda semua. Saya juga harap benda ini tidak akan berulang lagi, kamek sayang kitak,” katanya.

Terdahulu, Zynakal ada meninggal komen ‘Uga-uga’ di perkongsian foto penyanyi rap, Yonnyboii yang seakan-akan menyamakan budaya Sarawak seperti orang zaman batu.