fbpx

Zulin Aziz Puji Kekasih Tak Pernah Berkira

Setiap wanita pasti impian lelaki yang bertangungjawab untuk dijadikan suami dan paling penting lelaki itu tidak berkira serta tidak kedekut dengan isteri.

Baru-baru ini, pelakon Zulin Aziz ada memuat naik satu entri berkongsikan kegembiraan menyambut ulang tahun kelahiran kekasih hatinya, Farhan Norzaini yang ke-34.

BACA: Dituduh Persoal Saman Nana, Zulin Aziz Pula Nak Saman Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz)

Menerusi entri itu, Zulin turut memuji sikap kekasihnya yang bertangungjawab serta tidak berkira dari segi kudrat dan juga duit.

Dalam pada itu, Zulin turut mengatakan ada kebaikannya dikurniakan kekasih yang tegas kerana dia seorang yang keras kepala.

“Dia sangat bertanggungjawab dengan family.Sentiasa kerja keras demi bahagiakan kami. Dia tegas! bagus juga. Zulin kan kepala batu. Tapi dia sangat penyayang.. Dia jaga kita sedaya dia. Tak pernah berkira kudrat,duit. Ya Allah limpahkan rezeki buatnya ya Allah,” tulisnya.

Di akhir perkongsian itu, Zulin turut mendoakan agar kekasihnya itu sentiasa dilindungi Allah serta diberi kejayaan dunia akhirat dan permudahkan urusan mereka.

Selepas melalui episod cinta dua sebelum, kami mendoakan semoga hubungan Zulin dan kekasih sampai ke jinjang pelamin.