fbpx

Zulin Aziz Nafi Hanya Makan Kurma Ketika Berbuka

Baru-baru ini ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru Zulin Aziz yang semakin langsing dan berat badannya semakin susut. Tidak lokek berkongsi tip, Zulin berkata dia tidak menyentuh nasi sejak tahun lalu lagi.

Bagaimanapun, ada yang salah sangka dan mengecam gaya pemakanan Zulin yang dikatakan tidak bagus dikatakan hanya makan kurma ketika berbuka dek kerana sikap netizen yang hanya membaca tajuk tanpa menghadam isi kandungan berita.

BACA: Tak Sentuh Nasi Sejak Tahun Lalu, Zulin Aziz Makin Ramping

Tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi Twitter, Zulin menafikan kapsyen Facebook yang dilaporkan oleh sebuah portal. Zulin berkata dia mengaku tidak berdaya jika berbuka hanya makan kurma dan minum air sahaja.

Zulin menjelaskan dia akan makan sahaja sahaja ketika berbuka puasa kecuali nasi. Zulin berkata dia tidak mengambil nasi bukan kerana beranggapan makanan ruji itu menggemukkan tetapi bimbang akan makan secara berlebihan.

Mengenai pengambilan kurma ketika sahur dia cuba amalkan gaya pemakanan ringkas dengan mengambil 2 biji kurma, susu berperisa dan air mineral.  Dalam pada itu, Zulin berkata dia memaafkan mereka yang menularkan perkara yang tidak benar itu.