Zul Yahya Kata Dia Sebenarnya Okay, Tiada Masalah

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok m emaparkan bekas pelakon, Zul Yahya didakwa sedang berdepan dengan masalah dan memerlukan bantuan.

Menerusi video dikongsikan itu memaparkan Zul sedang berjalan serta pemilik video berkenaan meminta jika orang ramai terjumpa supaya membantu pelakon itu.

BACA: Zul Yahya Didakwa Ada Masalah Keluarga, Jalan Sendirian Dari 4 Pagi

Terbaru, memetik Harian Metro, Zul memaklumkan menafikan dakwaan mengatakan dia berdepan masalah dan perlu dibantu seperti yang tular di dalam video tersebut.

“Saya okey, tak ada apa sebenarnya. Alhamdulillah,” jawabnya menerusi WhatsApp.

Bagaimanapun, Zul tidak mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan keluar berjalan dari jam 4 pagi hingga 8.30 pagi dan tidak pulang-pulang.

Difahamkan, pada 2 pagi tadi Zul muncul menerusi siaran langsung TikTok. Rata-rata netizen yang menonton sesi live tersebut mengatakan Zul dilihat sihat dan tiada apa yang pelik.

“Okey saja tengok dia. Kelihatan baik-baik. Tak nampak ada masalah pun,” tulis seorang netizen.

“Biasalah cari ketenangan berjalan. Dia cakap yang Allah beri peringatan. Semua okay je,” komen seorang lagi netizen.

×