Zul Ariffin Mengaku Bersalah Muat Naik Kandungan Sumbang
Pelakon Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada Mac lalu.
Memetik BH Online, Zul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Zul tiba di mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam dan memakai sut kelabu gelap serta pelitup muka diiringi peguam dan rakannya.
Pendakwaan terhadap pelakon itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Xpe laa zoul ko pun nk dok mekah kan? Ko nk promo drama yg ko berlakon tp ko yg kena denda dan pihak produksi lps xke bodoh sbb yg bnyk untung mrk ko cuma pelakon je pun!