fbpx

Zizi Kirana Keguguran, Tak Sangka Diri Hamil

Penyanyi Zizi Kirana mendedahkan dia mengalami keguguran cahaya mata sulung ketika di awal kehamilan pada hujung tahun 2021.

Memetik Astro Gempak, Zizi berkata dia mengakui terkejut kerana ketika itu tidak tahu dirinya hamil namun tidak dapat diselamatkan kerana kandungan luar rahim.

BACA: “Orang Yang Curang Akan Selalu Curang” – Status Twitter Zizi Kirana Cetus Tanda Tanya

“Saya terkejut sebenarnya sebab tak tahu ketika itu sedang hamil, ketika itu pula tengah kerja tak berhenti. Pada mulanya badan rasa sakit-sakit, lenguh. Ada teringin epal fuji merah. Bila Yusuf beli epal lain tak nak. Tapi layankan je.

“Ada masa rasa tak nak makan berkuah, sampaikan tak nak tengok. Bila rasa begitu, saya jadi pelik. Bila cuba ujian kehamilan ada dua garis terkejut kami. 

“Hari esoknya terus ada darah keluar dan sakit perut sampai menggigil. Bila ke hospital doktor cek ada pendarahan dan janin tak boleh diselamatkan sebab kandungan luar rahim,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi mendedahkan dia dikejarkan ke unit kecemasan dua kali akibat pendarahan terlalu banyak.

Tambah Zizi lagi, kesihatan dia dan suami dalam keadaan baik dan dinasihatkan banyakkan berehat jika hamil lagi dalam masa terdekat.

“Doktor pun nasihat saya rehat betul-betul kalau hamil lagi. Alhamdulillah kami berdua tiada masalah pun cuma tiada rezeki,”  katanya.