fbpx

Zizan Razak Tangguh Kahwin?

Berita perkahwinan Zizan Razak sebelum ini memang mendapat perhatian ramai lebih lebih lagi ianya sesuatu yang mengejutkan buat semua lantaran hubungan beliau bersama kekasih lama sebelum ini baru sahaja putus tatkala pengumuman kahwin itu dibuat.

Ada ura ura mengatakan yang Zizan Razak dan pilihan hatinya, Nor Edura Diyana Hisham bakal melangsungkan perkahwinan pada Jun 2015 namun sehingga sekarang masih belum nampak persiapan yang sepatutnya dan ini menimbulkan spekulasi baru tentang mereka.

BACA: Zizan Razak, Keluarga Masih Cari Tarikh Sesuai Kahwin

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Zizan Razak menjawab desas desus yang mengatakan majlis perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan kerana beberapa hal peribadi yang perlu mereka selesaikan dalam keluarga terlebih dahulu.

“Saya minta maaf tak dapat komen apa-apa tentang itu. Saya ada sebab yang terlalu peribadi membabitkan keluarga dan beberapa pihak lain untuk tidak bercerita lanjut. Tunggulah bila tiba masa sesuai saya akan bercerita. Saya harap anda faham dan hormati situasi saya sekarang”

Tidak mengapa Zizan Razak, dugaan hendak berkahwin memang besar tapi jika kuat jodohnya lambat laun akan bersatu juga. Kami peminat semua tetap tunggu majlis perkahwinan gilang gemilang anda. (rtky/m)